Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Brunei akan hentikan pengeluaran, peredaran wang kertas 10,000 dolar Brunei

Bank pusat Brunei menyatakan pengeluaran dan pengedaran wang kertas 10,000 dolar Brunei (S$9,964), mata wang dengan nilai terbesar di negara itu akan dihentikan.

Anggaran Waktu Membaca:
Brunei akan hentikan pengeluaran, peredaran wang kertas 10,000 dolar Brunei

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 01 Oct 2020 06:11PM Dikemas Kini : 01 Oct 2020 06:15PM

BANDAR SERI BEGAWAN: Bank pusat Brunei menyatakan pengeluaran dan pengedaran wang kertas 10,000 dolar Brunei (S$9,964), mata wang dengan nilai terbesar di negara itu akan dihentikan.

Memetik Buletin Borneo pada Khamis (1 Okt), agensi berita Xinhua melaporkan Penguasa Kewangan Brunei Darussalam (AMBD) menyatakan berkuat kuasa 2 November, wang kertas 10,000 dolar Brunei tidak akan dikeluarkan lagi ke semua bank di Brunei dan kemudiannya, akan ditarik dari peredaran.

"Bagaimanapun, wang kertas 10,000 dolar Brunei akan tetap sah dan akan mengekalkan nilai mukanya," kata AMBD dalam kenyataannya.

"Keputusan untuk menarik balik wang kertas itu adalah salah satu langkah oleh AMBD untuk mengurangkan risiko yang berkaitan dengan jenayah kewangan seperti pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan dan pemalsuan wang kertas dengan nilai tinggi," tambah AMBD.

AMBD juga menggalak orang ramai supaya menggunakan pelbagai kaedah pembayaran alternatif yang terdapat di Brunei seperti kad debit atau kredit dan pembayaran dalam talian untuk transaksi bernilai tinggi.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan