Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

British Airways hentikan penerbangan ke Tehran

Syarikat British Airways (BA) akan menghentikan khidmat penerbangannya antara London dengan Tehran mulai bulan depan.

Anggaran Waktu Membaca:
British Airways hentikan penerbangan ke Tehran

(Gambar: British Airways/Facebook)

Diterbitkan : 24 Aug 2018 08:50PM Dikemas Kini : 24 Aug 2018 08:52PM

LONDON: Syarikat British Airways (BA) akan menghentikan khidmat penerbangannya antara London dengan Tehran mulai bulan depan.

BA menyatakan khidmat penerbangan lima kali seminggu itu tidak menguntungkan dari segi perniagaan.

Keputusan tersebut, jelas BA, tidak ada kena mengena dengan langkah Amerika Syarikat untuk mengenakan semula sekatan-sekatan terhadap Iran.

Penerbangan terakhir BA dari London menuju ke Tehran adalah pada 22 September manakala penerbangan dari ibu kota Iran itu ke London adalah pada 23 September.

Sebelum ini, syarikat penerbangan Belanda, KLM dan syarikat Air France juga mengumumkan langkah serupa, mulai bulan depan.

Menurut jurucakap Air France, syarikat penerbangan itu akan menghentikan penerbangan dari Paris ke Tehran mulai 18 September disebabkan oleh prestasi yang kurang baik.

Syarikat penerbangan lain seperti syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa, bagaimanapun tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menghentikan penerbangan ke Tehran. 

Sumber : Reuters/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan