Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Britain tuduh Iran cuba hadang kapal minyak di Selat Hormuz

Tiga kapal Iran cuba menghalang laluan sebuah kapal tangki minyak Britain di Selat Hormuz namun akhirnya berundur diri selepas diberi amaran oleh sebuah kapal perang Britain, menurut kerajaan negara Barat itu pada Khamis (11 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Britain tuduh Iran cuba hadang kapal minyak di Selat Hormuz

Gambar fail sebuah kapal minyak di Selat Hormuz pada 2018 (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 11 Jul 2019 04:58PM Dikemas Kini : 11 Jul 2019 05:02PM

LONDON: Tiga kapal Iran cuba menghalang laluan sebuah kapal tangki minyak Britain di Selat Hormuz namun akhirnya berundur diri selepas diberi amaran oleh sebuah kapal perang Britain, menurut kerajaan negara Barat itu pada Khamis (11 Jul).

Britian menggesa pihak berkuasa Iran supaya "mengendurkan ketegangan di kawasan itu".

Menurut seorang jurucakap kerajaan Britain, selepas sebuah kapal perang Britain campur tangan dengan meluru ke tengah-tengah antara kapal-kapal Iran itu dengan kapal tangki Britain yang berkenaan.

Dalam kejadian tersebut, kapal HMS Montrose juga mengeluarkan amaran lisan kepada kapal-kapal Iran itu yang kemudian berundur dari kawasan tersebut.

Kerajaan Britain menyatakan pihaknya prihatin akan tindakan Iran itu dan menyeru Tehran mengendurkan ketegangan di rantau tersebut.

Semalam Presiden Iran Hassan Rouhani memberi amaran kepada London tentang padah daripada tindakan Britain menahan sebuah kapal tangki yang membawa minyak mentah Iran di perairan Gibraltar minggu lalu.

Iran mengutuk "penahanan tidak sah" kapal tangki Grace 1 itu.

Minyak mentah yang dibawa Grace 1 dipercayai hendak dihantar ke Syria yang kini dikenakan sekatan-sekatan Eropah.

Sumber : Reuters/AA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan