Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Britain perketat perintah berkurung di utara England susuli lonjakan kes COVID-19

Britain menguatkuasakan perintah berkurung yang lebih ketat di bahagian utara England setelah jangkitan COVID-19 terus meningkat, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap gelombang kedua virus yang boleh membawa maut itu akan menghuru-harakan keadaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Britain perketat perintah berkurung di utara England susuli lonjakan kes COVID-19

Pekerja kesihatan di UK memakai pelitup dan pelindung wajah di tengah COVID-19 (Gambar: Hannah McKay/AFP)

Diterbitkan : 31 Jul 2020 04:52PM Dikemas Kini : 31 Jul 2020 04:59PM

LONDON: Britain menguatkuasakan perintah berkurung yang lebih ketat di bahagian utara England setelah jangkitan COVID-19 terus meningkat, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap gelombang kedua virus yang boleh membawa maut itu akan menghuru-harakan keadaan.

Britain melaporkan jumlah jangkitan COVID-19 yang tertinggi dalam tempoh lebih sebulan pada Khamis (31 Jul), sedang para menteri bimbang berlaku gelombang kedua di Eropah dan mereka memberi amaran bahawa lebih banyak sekatan kuarantin mungkin akan dilaksanakan.

Sekitar empat juta orang diarahkan supaya jangan bergaul dengan para anggota keluarga lain di Greater Manchester, bandar terbesar di utara England, beberapa bahagian West Yorkshire dan East Lancashire. Sungguhpun demikian, mereka masih boleh pergi ke bar dan tempat kerja.

Apabila ditanya oleh BBC sama ada Britain sudah dilanda gelombang kedua, Setiausaha Kesihatan Matt Hancock berkata: "Belum lagi berlaku dan kami benar-benar bertekad untuk mengambil tindakan yang sewajarnya."

Langkah-langkah itu, yang diperkenalkan secara tergesa-gesa semasa awal sambutan Aidiladha, dilaksanakan setelah Britain melaporkan jumlah jangkitan COVID-19 yang tertinggi dalam tempoh lebih sebulan.

Para penduduk di kawasan-kawasan terjejas diarahkan supaya jangan bergaul dengan keluarga-keluarga lain di rumah mahupun di taman-taman, atau untuk bertemu dengan mereka di bar, restoran, kafe, kedai, tempat ibadat atau tempat riadah.

Namun mereka diizinkan ke bar, gereja atau masjid dengan ahli keluarga mereka sendiri. Mereka yang melanggar peraturan akan dikenakan denda 100 paun (S$179.76).

Data rasmi menunjukkan 846 kes positif di Britain - jumlah harian tertinggi sejak 28 Jun.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan