Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Britain kesan 77 kes COVID-19 varian Afrika Selatan, 9 varian Brazil

Encik Matt Hock, berkata semua 77 kes ada kaitan dengan perjalanan dari Afrika Selatan dan mereka dipantau rapi, begitu juga dengan sembilan kes varian Brazil yang dikenal pasti.

Anggaran Waktu Membaca:
Britain kesan 77 kes COVID-19 varian Afrika Selatan, 9 varian Brazil

Paramedik membawa membawa pesakit ke Hospital Royal London. (Gambar: AFP/Daniel Leal-Olivas)

Diterbitkan : 24 Jan 2021 09:08PM Dikemas Kini : 24 Jan 2021 09:13PM

LONDON: Britain mengesan 77 kes varian Afrika Selatan COVID-19.

Demikian menurut Menteri Kesihatan negara itu hari ini (24 Jan) sambil menggesa orang ramai supaya mematuhi peraturan perintah berkurung sebagai langkah terbaik melindungi diri daripada varian Britain sendiri yang mungkin lebih berbahaya.

Encik Matt Hock, berkata semua 77 kes ada kaitan dengan perjalanan dari Afrika Selatan dan mereka dipantau rapi, begitu juga dengan sembilan kes varian Brazil yang dikenal pasti.

"Mereka dipantau rapi dan kami sudah mempertingkat pengesanan kontak untuk melakukan apa sahaja yang boleh untuk membendung penularannya," kata beliau semasa wawancara bersama BBC.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Saintifik Vaksinasi, Profesor di Universiti Oxford, Anthony Harnden berkata varian Afrika Selatan dan Brazil membimbangkan kerana vaksin COVID-19 mungkin tidak berkesan ke atas kedua-dua varian tersebut.

"Varian baru di luar negara itu amat membimbangkan. Bagi varian Afrika Selatan dan Brazil, terdapat bayangan bahawa vaksin itu tidak berkesan," kata beliau kepada Sky News, sambil menambah bahawa varian baru akan terus muncul di merata dunia.

Angka kematian akibat COVID-19 di Britain adalah yang tertinggi di Eropah, hampir 100,000 dan perintah berkurung dikuatkuasakan sepanjang Januari dengan hospital-hospital bergelut dengan masalah untuk menangani jumlah rekod pesakit yang sakit teruk.

Pada Jumaat (22 Jan), Perdana Menteri Boris Johnson berkata jumlah tinggi
kematian mungkin dikaitkan dengan varian Britain meskipun para saintis berkata buktinya masih tidak jelas. 

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan