Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Britain cipta rekod rampasan terbesar heroin bernilai £120 juta

Satu operasi antarabangsa berjaya menghasilkan rampasan terbesar heroin di Britain, menurut Agensi Jenayah Kebangsaan (NCA), dengan penemuan hampir 1.3 tan dadah dari sebuah kapal kontena.

Anggaran Waktu Membaca:
Britain cipta rekod rampasan terbesar heroin bernilai £120 juta

Hampir 1.3 tan dadah ditemui disembunyikan dalam timbulan tuala di sebuah kapal kontena yang berlabuh di pelabuhan Felixstowe, selatan England. (Gambar: Agensi Jenayah Kebangsaan/AFP)

Diterbitkan : 04 Sep 2019 01:48PM Dikemas Kini : 04 Sep 2019 01:49PM

LONDON : Satu operasi antarabangsa berjaya menghasilkan rampasan terbesar heroin di Britain, menurut Agensi Jenayah Kebangsaan (NCA), dengan penemuan hampir 1.3 tan dadah dari sebuah kapal kontena.

Menurut NCA, pihak berkuasa menyerbu MV Gibraltar selepas di berlabuh di pelabuhan Felixstowe, selatan England pada 30 Ogos lalu.

Polis Britain mendapati bahawa heroin itu dengan nilai pasaran kira-kira 120 juta pound (S$202 juta) berada di dalam kapal berkenaan sebaik ia berlabuh sebelum meneruskan perjalanan ke Antwerp.

Timbalan Pengarah Pasukan Sempadan, Jenny Sharp berkata, penyeludup menyembunyikan dadah itu di dalam timbunan tuala dan turut menjahit 1 kilogram blok heroin di dalam sebahagian tuala berkenaan.

“Pegawai saya mengambil masa hampir enam jam pada awal pagi Sabtu untuk mengeluarkan kesemua heroin berkenaan,” kata Cik Sharp.

Kesemua kontena terbabit kemudiannya diletakkan semula di atas kapal sebelum ia memulakan pelayaran ke Antwerp.

Agensi penguatkuasaan Belanda dan Belgium kemudian mengesan pergerakan kontena itu dari Antwerp ke Rotterdam, sebelum menahan empat penyeludup.

Pegawai NCA, Matt Horne berkata, rampasan itu mencatat rekod sebagai yang terbesar di United Kingdom dan antara terbesar pernah dilakukan di seluruh Eropah.

“Saiz penghantaran heroin kali ini menunjukkan betapa serius ancaman yang kita hadapi sekarang," kata beliau.

Sumber : AFP/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan