Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Britain biayai pembinaan 70 menara sebagai benteng pertahanan sekat kumpulan pelampau

Britain membiayai pembinaan 70 menara di sempadan Lubnan dengan Syria, dalam usaha mengekang para anggota militan bersenjata ke benua Eropah.

Anggaran Waktu Membaca:
Britain biayai pembinaan 70 menara sebagai benteng pertahanan sekat kumpulan pelampau

Menara pemantau di Lubnan. (Gambar fail: Hassan Ammar/AFP)

Diterbitkan : 10 Feb 2019 06:39PM Dikemas Kini : 10 Feb 2019 06:44PM

LUBNAN: Britain membiayai pembinaan 70 menara di sempadan Lubnan dengan Syria, dalam usaha mengekang para anggota militan bersenjata ke benua Eropah.

Sky News melaporkan Britain membelanjakan lebih AS$80 juta (S$108 juta) untuk membina 76 menara pemantau dan markas peronda, sebagai benteng pertahanan daripada penyusupan kumpulan-kumpulan pelampau.

Sokongan Britain kepada tentera Lubnan dalam memerangi fahaman pelampau ISIS, tidak sahaja membolehkan negara itu menumpaskan para pengganas tetapi menjaga keselamatan di sempadan utara dan timur Syria buat pertama kali dalam sejarah, lapor Sky News.

Agensi berita itu turut difahamkan, latihan bersama antara tentera Britain dengan Lubnan juga diadakan. 

Sumber : Agensi berita/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan