Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Britain akan longgarkan sekatan pergerakan secara beransur-ansur

Britain secara beransur-ansur akan melonggarkan sekatan pergerakan di negara itu yang disifatkan sebagai paling ketat di benua Eropah.

Anggaran Waktu Membaca:
Britain akan longgarkan sekatan pergerakan secara beransur-ansur

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 23 Feb 2021 08:02PM Dikemas Kini : 23 Feb 2021 08:03PM

LONDON: Britain secara beransur-ansur akan melonggarkan sekatan pergerakan di negara itu yang disifatkan sebagai paling ketat di benua Eropah.

Perdana Menteri Britain Boris Johnson membentangkan pelan empat langkah yang menurut beliau sebagai "satu-satunya jalan ke arah kebebasan".

Pengumuman tersebut menyusuli pendedahan data pertama yang menunjukkan program vaksinasi negara itu mempunyai kesan "menakjubkan" ke atas usaha menghentikan penyakit-penyakit serius.

Dalam fasa permulaan, sekolah-sekolah dijangka dibuka dalam masa kurang dua minggu lagi dan dua orang dibenarkan berkumpul di luar.

Dalam fasa terakhir pula, semua had ke atas hubungan kontak akan ditarik balik menjelang Jun ini.

Sebagai langkah berjaga-jaga ada tempoh jarak sekurang-kurangnya lima minggu antara setiap fasa.

Bagaimanapun menurut Encik Johnson, keputusan untuk beralih ke fasa berikutnya bergantung kepada jumlah jangkitan COVID-19 dan bukan tempoh masa.  

Sumber : Agensi berita/NF/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan