Bot Korea Utara bertembung kapal peronda Jepun; 20 tercampak ke laut
Sebuah bot peronda Jepun berlanggar dengan sebuah kapal nelayan Korea Utara pagi tadi (7 Okt) di dalam zon ekonomi eksklusif Jepun.
TOKYO: Sebuah bot peronda Jepun berlanggar dengan sebuah kapal nelayan Korea Utara pagi tadi (7 Okt) di dalam zon ekonomi eksklusif Jepun.
Pengawal Pantai Jepun menyatakan pelanggaran tersebut menyebabkan kapal nelayan Korea Utara berkenaan karam dan sekitar 20 anak kapal tercampak ke dalam laut.
Lebih 10 daripada mereka berjaya diselamatkan tetapi bakinya masih belum ditemui.
Menurut agensi berita Jepun NHK, bot peronda Jepun itu sudahpun memberi amaran kepada kapal nelayan dari Korea Utara berkenaan supaya meninggalkan kawasan tersebut kerana beroperasi secara haram.
Kehadiran kapal-kapal nelayan Korea Utara di perairan Jepun kerap berlaku kerana kawasan perairan tersebut kaya dengan makanan laut seperti sotong dan udang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.