Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bot ketam Jepun dirampas Rusia

Sebuah bot nelayan ketam milik Jepun yang membawa 10 orang dirampas oleh pihak berkuasa Rusia, kata seorang pegawai Jepun hari ini (2 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Bot ketam Jepun dirampas Rusia

Sebuah bot milik Jepun bagi menangkap ketam salji dirampas oleh pihak berkuasa Rusia. (Gambar: Ulrich Perrey/AFP)

Diterbitkan : 02 Feb 2019 05:01PM Dikemas Kini : 02 Feb 2019 05:05PM

TOKYO: Sebuah bot nelayan ketam milik Jepun yang membawa 10 orang dirampas oleh pihak berkuasa Rusia, kata seorang pegawai Jepun hari ini (2 Feb).

Kapal Nishino-maru nombor 68 dibawa ke pusat pelabuhan Nakhodka di bahagian timur Rusia, di mana anak-anak kapal bot berkenaan dijangka disoal siasat.

"Kami sedang meminta pihak Rusia menerusi cara-cara diplomatik supaya membebaskan mereka dengan secepat mungkin," kata seorang pegawai dari wilayah Shimane di bahagian barat Jepun kepada agensi berita AFP. Beliau menambah bahawa para nelayan itu berada dalam keadaan baik.

Menurut media tempatan, bot itu berlepas dari wilayah Shimane pada 26 Januari untuk menangkap ketam salji, yang juga dikenali sebagai ketam lelabah di Laut Jepun. Bagaimanapun, bot itu terputus hubungan pada Rabu (30 Jan).

Kawasan perairan tersebut dikelilingi oleh Jepun, Rusia serta Korea Utara dan Korea Selatan. Pertikaian kerap berlaku berhubung hak memancing serta tuntutan bagi pemilikan pulau-pulau kecil dan singkapan batu-batu di kawasan itu.

Rusia pula sering menuduh kapal-kapal asing melakukan kegiatan menangkap ketam-ketam secara haram di zon ekonomi khasnya.  

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan