Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Boracay bakal ditutup selama dua bulan bermula Jun

Pemerintah Filipina menyarankan agar semua premis perniagaan di pulau percutian terkenal Boracay ditutup selama dua bulan sepanjang Jun dan Julai ini yang juga musim hujan.

Anggaran Waktu Membaca:
Boracay bakal ditutup selama dua bulan bermula Jun

(Gambar: Jay Directo/ AFP)

Diterbitkan : 03 Mar 2018 09:42PM Dikemas Kini : 03 Mar 2018 11:33PM

BORACAY: Pemerintah Filipina menyarankan agar semua premis perniagaan di pulau percutian terkenal Boracay ditutup selama dua bulan sepanjang Jun dan Julai ini yang juga musim hujan.

Ia bertujuan mempercepat usaha pemulihan pulau ini.

Presiden Rodrigo Duterte sebelum ini menyifatkan Boracay sebagai sebuah "kolam kumbahan".

Beliau memberi amaran akan menutup pulau itu jika masalah sekitarannya tidak ditangani dalam tempoh enam bulan.

Menurut laporan Inquirer, antara yang bakal diperbaiki termasuk jalan raya dan sistem penyaliran di sana.

Para penyedia tempat penginapan di pulau itu pula memanfaatkan masa ini untuk mempertingkat prasarana mereka.

Ramai peniaga menyokong keputusan Boracay ditutup pada tempoh yang ditetapkan memandangkan jumlanh pelancong yang melawat itu biasanya berkurangan ketika musim hujan, lapor Inquirer.  

Sumber : Agensi berita/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan