Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bom Perang Dunia Kedua dijumpai; Lapangan Terbang London City ditutup

Lapangan Terbang London City ditutup setelah bom Perang Dunia Kedua dijumpai berdekatan Sungai Thames.

Anggaran Waktu Membaca:
Bom Perang Dunia Kedua dijumpai; Lapangan Terbang London City ditutup

Gambar fail Lapangan Terbang London City. (Gambar: AFP/Daniel Leal-Olivas)

Diterbitkan : 12 Feb 2018 09:49AM Dikemas Kini : 12 Feb 2018 09:51AM

LONDON: Lapangan Terbang London City ditutup setelah bom Perang Dunia Kedua dijumpai berdekatan Sungai Thames.

Demikian menurut lapangan terbang tersebut semalam (11 Feb).

Bom itu dijumpai di Dok Raja George V, berdekatan landasan lapangan terbang utama London, semasa kerja-kerja penyenggaraan dijalankan.

"Zon seluas 214 meter dikepung sebagai langkah berjaga-jaga oleh Polis Metropolitan. Oleh sebab itu, Lapangan Terbang London City ditutup," menurut lapangan terbang itu dalam satu kenyataan.

Para pelancong diminta supaya mengelak lapangan terbang tersebut: "Semua penumpang yang akan berlepas dari London hari ini (12 Feb) dinasihatkan supaya menghubungi syarikat penerbangan mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut."

Lapangan Terbang London City mengendalikan penerbangan jarak dekat dan terletak di bahagian timur London, berdekatan dengan kawasan perniagaan Canary Wharf.

Polis Metropolitan menyatakan penemuan itu dilaporkan sebelum subuh semalam sekitar pukul 5.00 pagi (waktu tempatan) dan zon itu dikepung pada pukul 10.00 malam.

Keputusan tersebut dibuat "bagi memastikan bom itu boleh dikendalikan dengan selamat serta menghadkan sebarang risiko kepada umum," menurut polis.

Bom yang belum meletup itu digugurkan di London semasa serangan ofensif yang dilancarkan Angkatan Tentera Udara Jerman ke atas Britain antara bulan September 1940 dengan Mei 1941.

Sumber : AFP/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan