Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

"Bom lahar" gunung berapi Hawaii akibatkan 23 cedera

Letusan itu memusnahkan ratusan rumah sejak ia bermula pada 3 Mei.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Jul 2018 10:41AM Dikemas Kini : 17 Jul 2018 10:11PM

LOS ANGELES: Tompokon gunung berapi Kilauea di Hawaii terkena sebuah bot yang membawa pengunjung yang sedang menyaksikan letusan berusia dua bulan itu, lalu menyebabkan 23 orang cedera, menurut jabatan bomba semalam (16 Jul).

13 daripada mereka memerlukan rawatan hospital dan yang lain pula dirawat di sebuah pelabuhan apabila bot yang digunakan untuk "lawatan lahar" itu kembali ke Pulau Besar, juga dikenali sebagai Hawaii.

Pemandangan aliran lahar ke dalam laut Pasifik memegunkan. Ia menghasilkan jerebu berkabut yang dikenali sebagai 'laze' di Hawaii.

Seorang wanita cedera teruk dan kakinya patah.

Jumlah orang di dalam bot itu tidak diketahui menurut Jabatan Bomba Wilayah Hawaii.

Dalam kejadian awal pagi itu, lantunan 'bom lahar' menembusi bumbung bot dan merosakkan sebuah susur, menurut jabatan itu. Ia tidak memberikan maklumat lanjut.

"Ia adalah letupan, pada dasarnya," kata Cik Janet Snyder, jurucakap bagi datuk bandar wilayah, kepada akhbar Tribune Herald. "Ia menyebabkan lubang di bumbung bot itu."

Beliau menyifatkan bot itu sebagai "diselubungi lahar".

Letusan itu memusnahkan ratusan rumah sejak ia bermula pada 3 Mei.

Kilauea adalah antara gunung berapi yang paling aktif di dunia dan salah satu daripada lima gunung berapi di Hawaii. 

Sumber : AFP/KN/kn
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan