Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bom buatan sendiri digunakan buat pertama kali dalam bantahan Hong Kong: Polis

Polis Hong Kong menyita bahan-bahan peledak selepas menyerbu sebuah flat di daerah Tai Kok Tsui pada petang Selasa (15 Okt). Dua lelaki turut diberkas dalam serbuan tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Bom buatan sendiri digunakan buat pertama kali dalam bantahan Hong Kong: Polis

Bom buatan sendiri yang dikawal menggunakan alat kawalan jauh digunakan buat pertama kali dalam bantahan di Hong Kong pada 13 Okt 2019. (Petikan gambar: Polis Hong Kong)

Diterbitkan : 16 Oct 2019 08:47PM Dikemas Kini : 16 Oct 2019 08:49PM

HONG KONG: Polis Hong Kong menyita bahan-bahan peledak selepas menyerbu sebuah flat di daerah Tai Kok Tsui pada petang Selasa (15 Okt). Dua lelaki turut diberkas dalam serbuan tersebut.

Pakar bom sedang dalam proses mengenal pasti bahan kimia yang digunakan. Buat masa ini, jenis dan jumlah peledak yang digunakan masih belum jelas.

Penangkapan tersebut dilakukan dua hari selepas sebuah bom buatan sendiri meletup Ahad (13 Okt) lalu berhampiran sebuah kenderaan polis.

Bom berkenaan ditinggalkan di dalam pasu bunga dan meletup ketika pihak polis sedang keluar dari kenderaan mereka yang terletak sekitar 10 meter dari tempat bom itu meledak.

Tiada orang cedera dalam letupan tersebut.

Menurut polis, strategi dan jenis peledak digunakan sama seperti apa yang digunakan para pengganas di merata dunia. 

Sumber : Agensi berita/CNA/NF/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan