Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bom-bom petrol dicampak ke dalam stesen metro di Hong Kong

Bom-bom petrol dicampak ke dalam stesen metro di Hong Kong hari ini (12 Okt) tetapi tidak menyebabkan sebarang kecederaan, menurut Pemerintah Hong Kong.

Anggaran Waktu Membaca:
Bom-bom petrol dicampak ke dalam stesen metro di Hong Kong
Diterbitkan : 12 Oct 2019 07:44PM Dikemas Kini : 12 Oct 2019 07:47PM

HONG KONG: Bom-bom petrol dicampak ke dalam stesen metro di Hong Kong hari ini (12 Okt) tetapi tidak menyebabkan sebarang kecederaan, menurut Pemerintah Hong Kong.

Ini sedang para penunjuk perasaan berhimpun di jalan-jalan raya menunjukkan kemarahan mereka terhadap apa yang mereka percayai adalah kawalan ketat Beijing terhadap bandar itu.

Pemerintah Hong Kong menyatakan stesen Kowloon Tong mengalami kerosakan serius akibat serangan itu.

"Polis memberi amaran kepada penunjuk perasaan untuk menghentikan segala tindakan haram serta merta. Kami mengutuk semua tindakan ganas dan akan menyiasat kes itu secara menyeluruh," demikian menurut kenyataan oleh Pemerintah Hong Kong.

Ratusan penunjuk perasaan, kebanyakan golongan muda yang memakai pelitup muka berarak ke Kowloon pada waktu itu dan menuju ke daerah berhampiran stesen Kowloon Tong.

Sekitar 12 polis antirusuhan mengepung jalan raya di daerah Tsim Sha Tsui di Kowloon yang lazimnya dikunjungi pelanggan tempatan dan antarabangsa, di belakang penunjuk perasaan itu sejurus selepas berita berlaku serangan bom petrol itu.

Stesen metro Hong Kong menanggung kerosakan akibat kejadian tunjuk perasaan di mana stesen-stesen dibakar dan dimusnahkan. Khidmat pengangkutan metro kembali pulih pada Jumaat setelah digantung sepenuhnya.

Pengangkutan metro itu lazimnya menampung sekitar 5 juta penumpang setiap hari.

Syarikat pengendali metro MTR berkata perkhidmatan metro akan berakhir pada pukul 10.00 malam pada Sabtu dan keretapi ekspres yang menghubungkan lapangan terbang ke bandar tidak akan berhenti di stesen-stesen antara kedua-dua tempat itu mulai pukul 3.00 petang.

Bantahan di Hong Kong bermula sebagai menentang rang undang-undang ekstradisi yang digugurkan namun, ia meningkat sepanjang tempoh empat bulan lalu sebagai wadah meluahkan kemarahan terhadap ketidaksamarataan sosial di Hong kong.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan