Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Boeing 737 MAX mulakan ujian penerbangan sebelum kembali beroperasi

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS) pada Isnin (29 Jun) memulakan ujian penerbangan Boeing 737 MAX sebelum pesawat itu boleh kembali beroperasi selepas perkhidmatannya digantung, lapor agensi berita Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Boeing 737 MAX mulakan ujian penerbangan sebelum kembali beroperasi

Pesawat Boeing 737 MAX (Gambar: Reuters/Jason Redmond)

Diterbitkan : 30 Jun 2020 04:17PM Dikemas Kini : 30 Jun 2020 04:18PM

SAN FRANCISCO: Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS) pada Isnin (29 Jun) memulakan ujian penerbangan Boeing 737 MAX sebelum pesawat itu boleh kembali beroperasi selepas perkhidmatannya digantung, lapor agensi berita Xinhua.

Sebuah pesawat Boeing 737 MAX berlepas dari Boeing Field di Seattle untuk melakukan ujian penerbangan pusingan pertama bagi proses pensijilan, menurut FAA dalam satu kenyataan.

FAA juga mengesahkan pihaknya dan Boeing sedang melaksanakan program ujian pada minggu ini untuk menilai perubahan yang dicadangkan Boeing pada sistem kawalan penerbangan automatik 737 MAX.

Proses itu mengambil masa kira-kira tiga hari, merangkumi pelbagai prosedur untuk memenuhi piawai pensijilan FAA. Ujian dijalankan oleh juruterbang dan jurutera dari FAA dan Boeing.

Pesawat Boeing 737 MAX digantung perkhidmatannya di seluruh dunia sejak awal Mac tahun lalu berikutan banyak bukti menunjukkan perisian kawalan penerbangan pesawat itu menjadi punca kepada dua nahas udara yang mengorbankan banyak nyawa dalam masa kurang setahun. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan