Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

BN yakin menang di semua kawasan undi PRK Slim

Calon Barisan Nasional (BN) Mohd Zaidi Aziz yakin BN akan menang di semua 13 Pusat Daerah Mengundi (PDM) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim termasuk enam PDM yang parti itu kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Anggaran Waktu Membaca:
BN yakin menang di semua kawasan undi PRK Slim

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 22 Aug 2020 09:13AM Dikemas Kini : 22 Aug 2020 09:15AM

TANJUNG MALIM: Calon Barisan Nasional (BN) Mohd Zaidi Aziz yakin BN akan menang di semua 13 Pusat Daerah Mengundi (PDM) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim termasuk enam PDM yang parti itu kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan faktor kerja berpasukan antara BN dan PAS di bawah semangat kerjasama Muafakat Nasional (MN) serta parti komponen lain dalam BN juga bekerja keras untuk meraih undi untuk gabungan itu.

“Kita minta supaya MCA, MIC letakkan sasaran tertentu undi dan kalau kita berjaya dapatkan undi-undi itu, insya-Allah kesemua enam PDM ini kita akan menang,” katanya kepada pemberita selepas sesi perjumpaan bersama pengundi di Pekan Slim, pada Jumaat (21 Ogos).

Turut hadir Timbalan Presiden UMNO Encik Mohamad Hasan.

Enam PDM yang BN tewas pada PRU14 adalah Kampung Kuala Slim, Pekan Slim, Sungai Slim Utara, Pekan Lama, Ladang Kelapa Bali dan Ladang Sungkai.

PRK DUN Slim akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Encik Mohd Zaidi Aziz, 43; dan dua calon Bebas iaitu Encik S. Santhasekaran, 44; dan Encik Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38; mewakili Parti Pejuang Tanah Air yang sedang dalam proses didaftarkan.

Sebanyak 23,094 pengundi layak mengundi pada PRK Slim, 29 Ogos ini.

Kerusi DUN Slim kosong berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim selama empat penggal, Encik Mohd Khusairi Abdul Talib yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 15 Julai. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan