Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

BN Johor terima kekalahan dengan hati terbuka

Barisan Nasional (BN) menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan hati terbuka.

Anggaran Waktu Membaca:
BN Johor terima kekalahan dengan hati terbuka

Bendera Barisan Nasional di Johor Bahru. (Gambar: Kenneth Cheng/TODAY)

Diterbitkan : 10 May 2018 02:23PM Dikemas Kini : 10 May 2018 03:11PM

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan hati terbuka.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau akan memastikan proses peralihan kuasa kepada kerajaan baru berjalan lancar, lapor Utusan Online.

“BN Johor sudah bekerja kuat dalam pelbagai aspek bagaimanapun rakyat dah buat keputusan atas pelbagai alasan.

“Namun, suara demokrasi rakyat saya percaya harus dihormati dan kita akan beri komitmen untuk menghormati keputusan itu,” kata beliau dalam sidang media di Pejabat UMNO Johor hari ini (10 Mei).

Utusan Online melaporkan bahawa Datuk Mohamed Khaled dan BN mengucapkan tahniah kepada gabungan pembangkang PKR yang berjaya membentuk kerajaan negeri.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan