Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Blogger kontroversi Papagoma ditahan berhubung kes Syed Saddiq diserang

Penulis blog kontroversi Papagomo ditahan di sekitar Wangsa Maju, Kuala Lumpur hari ini (17 Feb) bagi membantu siasatan berhubung insiden di mana Menteri Belia dan Sukan Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa dirinya dikasari dan diugut blogger berkenaan pada Sabtu (16 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Blogger kontroversi Papagoma ditahan berhubung kes Syed Saddiq diserang

Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 17 Feb 2019 09:39PM Dikemas Kini : 17 Feb 2019 09:44PM

KUALA LUMPUR: Penulis blog kontroversi Papagomo ditahan di sekitar Wangsa Maju, Kuala Lumpur hari ini (17 Feb) bagi membantu siasatan berhubung insiden di mana Menteri Belia dan Sukan Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa dirinya dikasari dan diugut blogger berkenaan pada Sabtu (16 Feb).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat, mengesahkan penahanan Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Beliau berkata Papagomo ditahan pada pukul 3.00 petang tadi (17 Feb) dan kes berkenaan masih dalam siasatan.

Menurut laporan New Straits Times, penulis blog kontroversi itu merupakan seorang anggota Exco Pemuda UMNO.

Pada Sabtu (16 Feb), dua aduan polis berkaitan insiden melibatkan Anggota Parlimen Muar berkenaan dibuat setelah penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih. Ia disiasat di bawah Seksyen 353 dan Seksyen 147/323 Kanun Keseksaan.

Dalam kenyataan Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff semalam (16 Feb), polis menerima dua aduan mengenai insiden itu daripada anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kajang.

Berikutan insiden itu, Encik Syed Saddiq membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Way, Petaling Jaya semalam (16 Feb).

Klip video di media sosial, yang memaparkan Encik Syed Saddiq dikerumuni penyokong parti pembangkang sewaktu dalam perjalanan menuju ke keretanya selepas selesai proses penamaan calon bagi PRK Semenyih, tular semalam (16 Feb).

Video selama 22 saat itu menunjukkan Encik Syed Saddiq diiringi anggota polis serta anggota Unit Amal PAS sambil dikejar sekumpulan lelaki. 

Sumber : Bernama/Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan