Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

BJ Habibie dikebumikan bersebelahan pusara isterinya

Satu upacara pengebumian negara diadakan petang tadi (12 Sep) bagi mantan Presiden Indonesia, Allahyarham BJ Habibie.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Sep 2019 10:10PM Dikemas Kini : 12 Sep 2019 10:16PM

JAKARTA: Satu upacara pengebumian negara diadakan petang tadi (12 Sep) bagi mantan Presiden Indonesia, Allahyarham BJ Habibie.

Ribuan orang hadir membanjiri kawasan Taman Makam Pahlawan untuk memberi penghormatan terakhir mereka untuk Encik Habibie, dengan Presiden Indonesia Joko Widodo menerajui upacara pengebumian itu.

Allahyarham dikebumikan bersebelahan pusara isterinya, Cik Hasri Ainun Habibie yang meninggal dunia pada 2010.

Profesor Habibie meninggal dunia pada usia 83 tahun akibat kegagalan jantung pada malam semalam (11 Sep), di Hospital Tentera Gatot Soebroto (RSPAD). Beliaumenerima rawatan sejak 8 September lalu akibat masalah jantung.

Selaku seorang tokoh negara, Allahyarham menggantikan Presiden Suharto pada 1998 namun hanya memegang jawatan itu sehingga 1999.

Beliau bagaimanapun dikenali ramai sebagai pemimpin Indonesia yang bertanggungjawab dalam menerajui ekonomi negara semasa krisis kewangan Asia.

Sumber : Agensi berita/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan