Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

BioNTech/Pfizer jangka data impak varian baru diperoleh 'dalam 2 minggu'

Syarikat BioNTech Jerman pada Jumaat (26 Nov) berkata, ia sedang mengkaji sejauh mana vaksin koronavirus yang dibangunkannya dengan Pfizer melindungi daripada varian baru B.1.1.529 yang dikesan di Afrika Selatan.

Anggaran Waktu Membaca:
BioNTech/Pfizer jangka data impak varian baru diperoleh 'dalam 2 minggu'

(Gambar: Geralt/Pixabay)

Diterbitkan : 26 Nov 2021 08:44PM Dikemas Kini : 26 Nov 2021 08:49PM

FRANKFURT: Syarikat BioNTech Jerman pada Jumaat (26 Nov) berkata, ia sedang mengkaji sejauh mana vaksin koronavirus yang dibangunkannya dengan Pfizer melindungi daripada varian baru B.1.1.529 yang dikesan di Afrika Selatan.

"Kami menjangkakan lebih banyak data daripada ujian makmal selewat-lewatnya dalam dua minggu," kata seorang jurucakap BioNTech.

"Data ini akan memberikan lebih banyak maklumat mengenai sama ada B.1.1.529 boleh menjadi varian yang mungkin memerlukan vaksin kami disesuaikan jika varian itu merebak ke seluruh dunia."

Penemuan varian baru itu oleh saintis di Afrika Selatan mencetuskan kebimbangan global, di tengah-tengah kebimbangan banyak mutasinya boleh menjadikan varian lebih berbahaya daripada jenis Delta yang sangat mudah berjangkit.

Beberapa negara termasuk Britain, Itali, Jerman dan Singapura telah bertindak untuk menyekat perjalanan dari Afrika Selatan dan beberapa negara jiran untuk mengelakkan penularan varian itu.

Menurut BioNTech, varian B.1.1.529 "berbeza dengan ketara daripada varian yang diperhatikan sebelum ini kerana ia mempunyai mutasi tambahan yang terletak dalam 'spike protein'."

Namun,tambahnya walaupun suntikan vaksin syarikat itu yang berasaskan teknologi mRNA perlu diubah suai, perubahan boleh dibuat dengan cepat.

"Pfizer dan BioNTech telah mengambil tindakan beberapa bulan lalu untuk dapat menyesuaikan vaksin mRNA dalam tempoh enam minggu dan menghantar kumpulan awal dalam tempoh 100 hari sekiranya terdapat varian baru," kata jurucakap itu.  

Sumber : Reuters/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan