Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bilangan kematian bagi pesawat penumpang komersil meningkat pada 2018

Jumlah kematian yang melibatkan pesawat penumpang di seluruh dunia melonjak pada tahun 2018 selepas syarikat-syarikat penerbangan tidak mencatat sebarang kematian pada tahun sebelumnya, menurut syarikat runding cara Belanda dan sebuah kumpulan keselamatan penerbangan.

Anggaran Waktu Membaca:
Bilangan kematian bagi pesawat penumpang komersil meningkat pada 2018

Bahagian kokpit pesawat US-Bangla Airlines yang terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di Kathmandu. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 02 Jan 2019 09:20AM Dikemas Kini : 02 Jan 2019 09:25AM

WASHINGTON: Jumlah kematian yang melibatkan pesawat penumpang di seluruh dunia melonjak pada tahun 2018 selepas syarikat-syarikat penerbangan tidak mencatat sebarang kematian pada tahun sebelumnya, menurut syarikat runding cara Belanda dan sebuah kumpulan keselamatan penerbangan.

Kedua-dua syarikat runding cara penerbangan Belanda, To7o, dan Aviation Safety Network melaporkan semalam (1 Jan) bahawa terdapat lebih 500 kematian yang berpunca daripada nahas pesawat penumpang yang terhempas pada 2018.

Kedua-dua pihak bagaimanapun menekankan bahawa nahas yang membawa maut jarang berlaku.

To70 meramalkan kadar kemalangan yang membawa maut bagi pesawat komersil yang besar adalah 0.36 bagi setiap sejuta penerbangan, ataupun satu kemalangan maut bagi setiap 3 juta penerbangan.

Jumlah itu lebih tinggi berbanding kadar 0.06 bagi setiap sejuta penerbangan pada tahun 2017 dan lebih tinggi berbanding kadar purata bagi tempoh lima tahun lalu, iaitu 0.24 bagi setiap sejuta penerbangan.

Pada tahun 2017, 13 kematian dicatatkan akibat dua nahas membawa maut yang berlaku di seluruh dunia, namun kedua-dua kematian itu melibatkan pesawat kipas turbo.

Jumlah kematian melibatkan pesawat di seluruh dunia merosot sepanjang 20 tahun lalu. Setakat sehingga tahun 2005, 1,015 kematian dilaporkan di seluruh dunia, menurut Aviation Safety Network.

Meskipun terdapat peningkatan pada jumlah kematian, 2018 masih dianggap sebagai tahun ketiga paling selamat dari segi jumlah kematian yang dilaporkan. Ia juga adalah tahun kesembilan paling selamat berdasarkan jumlah kematian yang dilaporkan, menurut kumpulan pemantau itu.

Pada 29 Oktober, pesawat Boeing 737 MAX 8 Lion Air terhempas ke dalam Laut Jawa sejurus selepas ia berlepas dari Jakarta, mengorbankan 189 orang.

Pada Mei lalu, pesawat Boeing 737-201 Cubana terhempas di luar lapangan terbang Havana, meragut nyawa 112 orang. Pada bulan Mac pula, 51 daripada 71 orang terkorban apabila pesawat US-Bangla Airlines terhempas ketika melakukan pendaratan di sebuah lapangan terbang antarabangsa di Nepal.

Pada bulan Februari, sebuah pesawat yang dikendalikan oleh Saratov Airlines terhempas di Rusia setelah berlepas dari Stepanovskoye, mengorbankan kesemua 71 orang. Pada bulan yang sama, sebuah pesawat Aseman Airlines merempuh sebuah gunung di Iran. Seramai 66 orang terkorban akibat nahas tersebut.  

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan