Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bilal maut terjatuh dari tingkat tiga

Gara-gara terkunci di dalam flat, tindakan seorang bilal muda berusaha keluar dari rumah dengan meniti beranda dapur berakhir dengan tragedi apabila terjatuh dari tingkat tiga Flat Sri Kolam, di Jalan Dato Isaac hari ini (4 Okt). 

Anggaran Waktu Membaca:
Bilal maut terjatuh dari tingkat tiga

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 04 Oct 2019 11:08PM Dikemas Kini : 04 Oct 2019 11:11PM

KUALA TERENGGANU: Gara-gara terkunci di dalam flat, tindakan seorang bilal muda berusaha keluar dari rumah dengan meniti beranda dapur berakhir dengan tragedi apabila terjatuh dari tingkat tiga Flat Sri Kolam, di Jalan Dato Isaac hari ini (4 Okt). 

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 petang, mangsa Muhammad Khaizuran Izzuddin Zulkifli, 26, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian disebabkan kecederaan parah di kepala.

Menurut abang mangsa Muhammad Izuan Zulkifli, 33, ketika kejadian beliau serta tujuh ahli keluarga tiada di rumah kerana menziarahi keluarga rakan di Rhu Rendang, Marang.

"Bagaimanapun, pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi Izzuddin menelefon bertanyakan sama ada saya ada terambil kuncinya kerana mahu keluar menunaikan solat Jumaat.

"Kami sekeluarga keluar rumah kira-kira pukul 8.00 pagi dan waktu itu arwah masih tidur. Jadi saya kunci pintu jeriji besi untuk tujuan keselamatan," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Bagaimanapun, kira-kira pukul 2.30 petang Muhammad Izuan menerima panggilan daripada rakannya yang juga penghuni flat berkenaan memaklumkan tentang kejadian yang menimpa adik bongsunya.

Katanya, mungkin disebabkan usaha mencari kunci rumah tidak berhasil, adik bongsunya itu mengambil risiko meniti beranda dapur untuk keluar lalu terjatuh disebabkan hilang imbangan berikutan saiz badannya yang agak besar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Abd Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian dengan kes itu diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Sumber : Bernama/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan