Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Biden sah calon Democrat lawan Trump dalam pertarungan Presiden Amerika

Mantan naib presiden Amerika Syarikat Joe Biden memperoleh cukup sokongan perwakilan pada Jumaat (5 Jun), untuk secara rasmi menjadi calon Presiden dari parti Democrat, dengan itu bertarung dengan Presiden Donald Trump dalam pilihan raya November ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Biden sah calon Democrat lawan Trump dalam pertarungan Presiden Amerika

Joe Biden memberi ucapan semasa kempen pencalonan presiden AS pada 5 Jun 2020.(Gambar: REUTERS/Jim Bourg)

Diterbitkan : 06 Jun 2020 09:24PM Dikemas Kini : 06 Jun 2020 09:29PM

WASHINGTON: Mantan naib presiden Amerika Syarikat Joe Biden memperoleh cukup sokongan perwakilan pada Jumaat (5 Jun), untuk secara rasmi menjadi calon Presiden dari parti Democrat, dengan itu bertarung dengan Presiden Donald Trump dalam pilihan raya November ini.

Seorang calon memerlukan sekurang-kurangnya 1,991 dan Encik Biden melepasi angka tersebut ketika keputusan diumumkan lewat Jumaat setelah tujuh wilayah dan kawasan Columbia mengadakan pemilihan awal presiden awal minggu ini.

Pemilihan beliau itu dianggap formaliti setelah pesaing utamanya, Senator Vermont Bernie Sanders, menarik diri pada April.

Pada satu ketika, parti itu mempunyai 20 calon, dengan satu demi satu pesaing mengundurkan diri apabila peluang mereka semakin pudar.

Encik Biden menjadi senator selama 36 tahun sebelum menjadi naib presiden Barack Obama.

Beliau berikrar untuk memilih seorang wanita sebagai pasangannya dalam pilihan raya presiden, dengan beberapa calon kulit hitam.

Ini adalah kesempatan ketiga Encik Biden yang berusia 77 tahun, untuk menjadi presiden.

Pemilihannya dalam merebut pencalonan Democrat didorong oleh dukungan kuat dari pengundi kulit hitam.

Ujarnya dalam satu catatan online di Medium: "Ini adalah masa yang sukar dalam sejarah Amerika, dan kemarahan Donald Trump, politik yang memecah belah bukanlah jawapannya."

"Negara ini dahagakan kepemimpinan.Kepemimpinan yang boleh menyatukan kita."

Dalam satu tinjauan pendapat oleh RealClearPolitics, Encik Biden berada 7.1 mata di depan Presiden Trump jelang pilihan raya akan datang. 

Sumber : Agensi berita/TQ/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan