Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Biden rancang lantik Brian Deese terajui majlis ekonomi negara

Encik Joe Biden berhasrat melantik eksekutif pelaburan Encik Brian Deese sebagai penasihat utama ekonomi, lapor agensi berita Sputnik.

Anggaran Waktu Membaca:
Biden rancang lantik Brian Deese terajui majlis ekonomi negara

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 30 Nov 2020 04:05PM Dikemas Kini : 30 Nov 2020 04:08PM

WASHINGTON: Encik Joe Biden berhasrat melantik eksekutif pelaburan Encik Brian Deese sebagai penasihat utama ekonomi, lapor agensi berita Sputnik.

Encik Deese pernah menjadi penasihat Rumah Putih semasa era  pentadbiran Encik Barack Obama.

Beliau dilaporkan bakal dinamakan sebagai  pengarah Majlis Ekonomi Negara Rumah Putih pada minggu ini.

Menurut Politico.com individu lain yang turut akan dilantik untuk menganggotai pasukan ekonomi Encik Biden, termasuk bekas Pengerusi Rizab Persekutuan Janet Yellen sebagai Setiausaha Perbendaharaan; Adewale Adeyemo (Timbalan Setiausaha Perbendaharaan); ahli ekonomi Princeton Cecilia Rouse (Ketua Majlis Penasihat Ekonomi); dan Neera Tanden (Pengarah Pejabat Pengurusan dan Belanjawan (OMB)).

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan