Bersiul kepada wanita jadi kesalahan di Filipina
Presiden Filipina Rodrigo Duterte menandatangani rang undang-undang menjadikan pelbagai aksi gangguan seksual termasuk bersiul dan membuat jenaka seksual sebagai kesalahan dari segi undang-undang.
MANILA: Presiden Filipina Rodrigo Duterte menandatangani rang undang-undang menjadikan pelbagai aksi gangguan seksual termasuk bersiul dan membuat jenaka seksual sebagai kesalahan dari segi undang-undang.
Dokumen Akta Republik 11313, dikenali sebagai Akta Ruang Selamat, ditandatangani Presiden Duterte April lalu dan dikeluarkan kepada media pada Isnin, 15 Jul, menurut agensi berita Xinhua.
Undang-undang itu mendefinisikan pelbagai aksi menghina, termasuk bersiul, renungan yang mengganggu, kutukan, aksi misoginistik, maki hamun dan membuat jenaka seksual di khalayak umum atau online.
Hukuman termasuk denda sehingga 500,000 pesos (S$13,286) dan penjara bergantung kepada tahap kesalahan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.