Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

BERSIH: Jangan beredar jika sudah beratur sebelum 5.00 petang

Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 menggesa para pengundi yang beratur di pusat-pusat mengundi supaya jangan beredar walaupun selepas 5.00 petang, iaitu masa yang ditetapkan untuk tempoh pengundian berakhir.

Anggaran Waktu Membaca:
BERSIH: Jangan beredar jika sudah beratur sebelum 5.00 petang

Orang ramai mengundi pada PRU-14. (Gambar: Manan Vatsyayana/ AFP)

Diterbitkan : 09 May 2018 05:51PM Dikemas Kini : 09 May 2018 05:54PM

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 menggesa para pengundi yang beratur di pusat-pusat mengundi supaya jangan beredar walaupun selepas 5.00 petang, iaitu masa yang ditetapkan untuk tempoh pengundian berakhir.

“Mereka yang sudah beratur sebelum jam 5.00 petang di pusat mengundi, pastikan anda dibenarkan mengundi walaupun selepas 5.00 petang.

“Jangan beredar walaupun jika SPR dakwa anda sudah lambat. Jika anda sudah ada di sana dan beratur sebelum 5.00 petang, SPR perlu mengizinkan anda untuk mengundi dan tidak boleh menghalau anda.

“Kekal di pusat mengundi dan bertegas dengan hak anda untuk mengundi. Bukan salah anda jika SPR menjalankan tugas dengan perlahan,” kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan media seperti ditukil Malaysiakini.

Menurut BERSIH, jika barisan masih terlalu panjang pada jam 5.00 petang, pengundi dinasihatkan supaya mengambil gambar untuk mereka.

Ini penting jika sebarang tindakan undang-undang perlu diambil kemudian, lapor Malaysiakini sambil menukil kenyataan yang dikeluarkan.

“Hantar gambar kepada kami di aduan.pemantau.org.

“Untuk semua calon, wakil calon, PACA dan peguam - tolong kekal di pusat mengundi dan bantu pengundi yang masih beratur. Mereka perlu menggunakan hak mereka untuk mengundi.

“Catat nama Ketua Tempat Mengundi atau Pegawai Pengurus Pilihan Raya atau nama mana-mana pegawai SPR yang enggan memberi laluan kepada pengundi yang sudah beratur sebelum 5.00 petang untuk mengundi. Hantarkan laporan kes tersebut ke aduan.pemantau.org,” katanya lagi. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan