Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bersatu, PAS bincang bahagi kerusi PRU15 bagi Parlimen Terengganu

Bersatu akan berbincang dengan PAS mengenai pembahagian kerusi Parlimen di Terengganu untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Rosol Wahid.

Anggaran Waktu Membaca:
Bersatu, PAS bincang bahagi kerusi PRU15 bagi Parlimen Terengganu

Timbalan Pengerusi Bersatu Terengganu Rasol Wahid (dua dari kanan) (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 06 Apr 2021 08:27PM Dikemas Kini : 06 Apr 2021 08:33PM

PUTRAJAYA: Bersatu akan berbincang dengan PAS mengenai pembahagian kerusi Parlimen di Terengganu untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Rosol Wahid.

Ahli Parlimen Hulu Terengganu, yang juga Timbalan Pengerusi Bersatu Terengganu itu, berkata tiada sebarang perbincangan akan diadakan dengan UMNO selepas parti itu memutuskan kerjasama dengan Bersatu.

"UMNO dah lock (kunci pintu), lebih mudah kita bincang dengan dua pihak berbanding dengan tiga pihak," katanya yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ketika ditemui media selepas melancarkan inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan di Pasar Tani Putrajaya pada Selasa (6 Apr).

Terengganu mempunyai lapan kerusi Parlimen, dengan enam daripadanya dimenangi PAS pada PRU14 iaitu Marang, Kuala Terengganu, Setiu, Kuala Nerus, Dungun dan Kemaman.

UMNO menang dua kerusi iaitu Besut dan Hulu Terengganu, namun kerusi Parlimen Hulu Terengganu berpindah menjadi milik Bersatu setelah Encik Rosol mengisytiharkan keluar parti dan menyertai Bersatu.

Ditanya adakah beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Terengganu pada PRU15, Encik Rosol berkata: "Jika pucuk pimpinan kata bertanding, saya bertanding, jika kena tarik diri, saya akan tarik diri."

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan