Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bersatu dibenarkan buat rayuan terhadap perintah pembubaran, parti tetap sah

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menggantung keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengenai pembubaran sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau Bersatu sehingga permohonan bagi semakan kehakiman yang difailkan parti itu diputuskan oleh mahkamah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Apr 2018 05:17PM Dikemas Kini : 24 Apr 2018 12:12AM

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menggantung keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengenai pembubaran sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau Bersatu sehingga permohonan bagi semakan kehakiman yang difailkan parti itu diputuskan oleh mahkamah.

Bersatu, pimpinan mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, mencabar keputusan RoS itu.

Keputusan semakan kehakiman yang difailkannya pula akan hanya diketahui selepas Pilihan Raya Umum 9 Mei ini.

Dalam membuat keputusannya hari ini (23 Apr), Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkata bahawa jika permohonan Bersatu tidak dipenuhi ia boleh menjejas hebat usaha parti itu untuk menyediakan pilihan lain kepada para pengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

RoS mengeluarkan arahan pembubaran sementara Bersatu, hanya dua hari sebelum parlimen dibubarkan.

Alasannya - parti itu gagal menyerahkan dokumen-dokumen yang diperlukan kepada RoS.

Bersatu diberi masa 30 hari untuk membuat rayuan tetapi dalam tempoh itu ia dilarang menyertai sebarang kegiatan atau menggunakan logonya.

Menyusuli keputusan Mahkamah Tinggi hari ini (23 Apr), Presiden Bersatu berkata tiada lagi halangan untuk Bersatu beroperasi sebagai sebuah parti politik yang sah.

Namun ia akan terus bertanding dalam pilihan raya akan datang dengan menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti yang sudah dipersetujui pakatan parti-parti pembangkang, Pakatan Harapan.

Permohonan Pakatan Harapan sendiri untuk menjadi sebuah pakatan parti-parti politik pula masih menunggu kelulusan RoS. 

Sumber : CNA/BERNAMA/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan