Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bernie Sanders umum rancangan rebut kerusi Senat, ikrar terus bantah Trump

Encik Bernie Sanders yang pernah bertanding untuk jawatan Presiden Amerika Syarikat, semalam (21 Mei) mengumumkan bahawa beliau akan bertanding dalam pilihan raya pertengahan penggal Senat dan bertekad akan menentang Presiden Donald Trump.

Anggaran Waktu Membaca:
Bernie Sanders umum rancangan rebut kerusi Senat, ikrar terus bantah Trump

Gambar: JAY LAPRETE/AFP

Diterbitkan : 22 May 2018 02:57PM Dikemas Kini : 22 May 2018 03:02PM

WASHINGTON: Encik Bernie Sanders yang pernah bertanding untuk jawatan Presiden Amerika Syarikat, semalam (21 Mei) mengumumkan bahawa beliau akan bertanding dalam pilihan raya pertengahan penggal Senat dan bertekad akan menentang Presiden Donald Trump.

"Jika dipilih semula, saya akan menjadi pesaing paling sengit dalam Dewan terhadap Trump dan kepimpinan Republican," kata senator Vermont yang berusia 76 tahun itu di Twitter.

"Kita harus meneruskan perjuangan kita bagi agenda yang progresif untuk menentang oligarki dan memperbaiki kehidupan rakyat yang bekerja keras di seluruh negara," tegas beliau.

Parti Democrat merancang untuk memperolehi kuasa majoriti dalam Dewan Senat pada 6 November ini. Buat masa ini, Parti Republican menguasai 51 daripada 100 kerusi.

Dengan sokongan golongan muda, Encik Sanders muncul sebagai pesaing mengejut kepada Hillary Clinton bagi calon Democrat pada 2016.

Ketika itu, beliau membidas Wall Street dan menyokong skim penjagaan kesihatan yang bercorak universal sebelum tewas di tangan Clinton.

Encik Sanders bagaimanapun belum lagi mendedahkan sama ada beliau akan bertanding sekali lagi bagi merebut jawatan Presiden pada 2020.  

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan