Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Berlin kenakan sekatan perjalanan atas pembunuhan Khashoggi

Arab Saudi semakin tertekan oleh masyarakat antarabangsa berhubung pembunuhan wartawan rakyat negara itu, Jamal Khashoggi.

Anggaran Waktu Membaca:
Berlin kenakan sekatan perjalanan atas pembunuhan Khashoggi

Wartawan rakyat Arab Saudi, Jamal Khashoggi. (Gambar: Mohammed Al-Shaikh/AFP)

Diterbitkan : 20 Nov 2018 08:36AM Dikemas Kini : 20 Nov 2018 08:38AM

BERLIN: Arab Saudi semakin tertekan oleh masyarakat antarabangsa berhubung pembunuhan wartawan rakyat negara itu, Jamal Khashoggi.

Jerman sudah mengharamkan 18 rakyat Arab Saudi daripada memasuki negara itu dan zon Schengen yang bebas pasport di Eropah kerana dipercayai ada kaitan dengan pembunuhan tersebut.

Menteri Luar Jerman Heiko Mass berkata keputusan itu diselaraskan bersama Perancis, yang membentuk sebahagian zon Schengen, dan Britain pula bukan sebahagian daripadanya. Negara-negara Kesatuan Eropah juga menunjukkan "sokongan padu" atas keputusan tersebut apabila beliau memberi taklimat kepada mereka mengenai keputusan berkenaan di Brussels pada Isnin (19 Nov).

Di Washington pula, iaitu salah satu sekutu kuat Arab Saudi, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijadual menerima laporan muktamad mengenai pembunuhan yang berlaku di konsulat Arab Saudi di Turki.

Pada minggu lalu, CIA membuat kesimpulan bahawa Putera Mahkota Arab Saudi memberi arahan untuk melakukan pembunuhan tersebut. Dakwaan itu bagaimanapun ditolak oleh Riyadh.

Sementara itu, Menteri Luar Turki Mevlut Cavusoglu sudah mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres.Antara perkara yang dibincangkan termasuk kematian Encik Khashoggi dan apakah yang membentuk mandat yang sah untuk PBB menjalankan siasatan.  

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan