Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Berlian bernilai AS$1.8 juta dicuri dari pameran barang kemas dekat Tokyo

Polis Jepun melancarkan gerakan memburu pencuri berlian bernilai lebih AS$1.8 juta (S$2.45 juta) yang dikesan hilang dari sebuah pameran barang kemas di luar Tokyo.

Anggaran Waktu Membaca:
Berlian bernilai AS$1.8 juta dicuri dari pameran barang kemas dekat Tokyo

Berlian bernilai AS$1.8 juta dicuri. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 25 Oct 2019 03:58PM Dikemas Kini : 25 Oct 2019 04:00PM

TOKYO: Polis Jepun melancarkan gerakan memburu pencuri berlian bernilai lebih AS$1.8 juta (S$2.45 juta) yang dikesan hilang dari sebuah pameran barang kemas di luar Tokyo.

“Berlian itu dicuri semalam dan dianggarkan bernilai 200 juta yen. Kami percaya ia dicuri dari bekas penyimpanan,” menurut seorang jurucakap polis.

Berlian 50 karat itu dipamerkan selama tiga hari di bandar Yokohama dan turut disertai wakil syarikat asing, termasuk dari Russia serta China.

Menurut stesen penyiaran awam NHK, pencurian tersebut disedari seorang pekerja yang mendapati permata itu hilang, dan menyedari bahawa bekas penyimpanan tidak berkunci.

Berlian milik sebuah firma Jepun itu adalah satu-satunya barang yang dicuri dari pameran yang berakhir hari ini (25 Okt).

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan