Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

"Berkejar dengan masa" untuk menyelamatkan mangsa banjir Jepun: Abe

Jepun sedang "bekerja dengan masa" untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap banjir, sedang pihak berkuasa menjangkakan kawasan terjejas terus menerima lebih banyak hujan. 

Anggaran Waktu Membaca:
"Berkejar dengan masa" untuk menyelamatkan mangsa banjir Jepun: Abe

Warga Jepun yang terperangkap akibat banjir dan terpaksa menunggu di bumbung rumah untuk diselamatkan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 08 Jul 2018 05:55PM Dikemas Kini : 08 Jul 2018 06:03PM

MIHARA, JEPUN: Perdana Menteri Shinzo Abe memberi amaran pada Ahad (8 Jul) bahawa mereka sedang "bekerja dengan masa" untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap banjir, sedang pihak berkuasa menjangkakan kawasan terjejas terus menerima lebih banyak hujan.

Sekurang-kurangnya 64 terbunuh manakala puluhan lagi masih hilang.

Lebih dua juta penduduk diarah berpindah susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda barat dan tengah negara tersebut.

"Kami sedang bekejar dengan masa untuk menjalankan kerja-kerja mencari, menyelamat dan memindahkan mangsa," kata Encik Abe ketika mengunjungi pusat krisis kerajaan yang ditubuhkan untuk menangani bencana itu.

"Masih ramai mangsa yang tidak dapat dipastikan status keselamatan mereka".

Beberapa kampung ditenggelami air bah, memaksa penduduk berlindung di atas bumbung sementara menunggu diselamatkan.

Agensi meteorologi mengeluarkan amaran tahap tertinggi bagi dua kawasan baru pada Ahad sementara menarik balik beberapa amaran di kawasan di mana hujan sudah reda.

Di Mihara, para pekerja sedang cuba membersihkan tanah runtuh kecil yang menghalan gerakan lalu lintas.

Di barat wilayah Okayama pula, ratusan orang termasuk kanak-kanak dan warga emas sedang diselamatkan daripada sebuah hospital, termasuk menggunakan helikopter.

Mereka terperangkap apabila tebing sungai berdekatan bocor dan air melimpah membanjiri kawasan. Media tempatan melaporkan bahawa bekalan makanan dan air semakin suntuk.

Lebih 50,000 pekerja penyelamat serta pegawai polis dan askar dikerahkan sebagai respons terhadap bencana tersebut.

Angka kematian meningkat sejak hari Khamis, dan kondisi cuaca menyukarkan kerja-kerja menyelamat.

Banjir juga mengakibatkan kerja di kilang-kilang terhenti akibat bekalan elektrik, air dan hubungan rangkaian telefon yang terputus.

Bencana ini merupakan krisis paling berbahaya yang berkaitan dengan hujan yang dialami Jepun sejak 2014. Pada tahun itu sekurang-kurangnya 74 orang terkorban akibat tanah runtuh yang disebabkan oleh hujan lebat di Hiroshima.MIHARA, JEPUN: Perdana Menteri Shinzo Abe memberi amaran pada Ahad (8 Jul) bahawa mereka sedang "bekerja dengan masa" untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap banjir, sedang pihak berkuasa menjangkakan kawasan terjejas terus menerima lebih banyak hujan.

Sekurang-kurangnya 64 terbunuh manakala puluhan lagi masih hilang.

Lebih dua juta penduduk diarah berpindah susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda barat dan tengah negara tersebut.

"Kami sedang bekejar dengan masa untuk menjalankan kerja-kerja mencari, menyelamat dan memindahkan mangsa," kata Encik Abe ketika mengunjungi pusat krisis kerajaan yang ditubuhkan untuk menangani bencana itu.

"Masih ramai mangsa yang tidak dapat dipastikan status keselamatan mereka".

Beberapa kampung ditenggelami air bah, memaksa penduduk berlindung di atas bumbung sementara menunggu diselamatkan.

Agensi meteorologi mengeluarkan amaran tahap tertinggi bagi dua kawasan baru pada Ahad sementara menarik balik beberapa amaran di kawasan di mana hujan sudah reda.

Di Mihara, para pekerja sedang cuba membersihkan tanah runtuh kecil yang menghalan gerakan lalu lintas.

Di barat wilayah Okayama pula, ratusan orang termasuk kanak-kanak dan warga emas sedang diselamatkan daripada sebuah hospital, termasuk menggunakan helikopter.

Mereka terperangkap apabila tebing sungai berdekatan bocor dan air melimpah membanjiri kawasan. Media tempatan melaporkan bahawa bekalan makanan dan air semakin suntuk.

Lebih 50,000 pekerja penyelamat serta pegawai polis dan askar dikerahkan sebagai respons terhadap bencana tersebut.

Angka kematian meningkat sejak hari Khamis, dan kondisi cuaca menyukarkan kerja-kerja menyelamat.

Banjir juga menyebabkan kerja di kilang-kilang terhenti akibat bekalan elektrik, air dan hubungan rangkaian telefon yang terputus.

Bencana ini merupakan krisis paling berbahaya yang berkaitan dengan hujan yang dialami Jepun sejak 2014. Pada tahun itu sekurang-kurangnya 74 orang terkorban akibat tanah runtuh yang disebabkan oleh hujan lebat di Hiroshima.
 

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan