Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

BERITA+: Teroka Madain Salleh; pernah didiami manusia lebih 5,000 tahun lalu

Kota purba yang pernah menjadi laluan utama perdagangan dunia, sudah mula dibuka kerajaan Arab Saudi dengan lebih banyak kemudahan disediakan untuk pelancong Islam dan bukan Islam.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Oct 2021 09:52PM Dikemas Kini : 11 Oct 2021 02:54PM

ARAB SAUDI: Terletak lebih 450 kilometer dari kota Madinah atau lebih 700 kilometer dari Makkah, bandar purba Madain Saleh, pernah didiami tamadun manusia lebih 5,000 tahun lalu.

Para penduduk asalnya adalah kaum Thamud yang hidup semasa zaman Nabi Saleh.

Antara kelebihan mereka adalah kemahiran mengukir dan menebuk bukit-bukau menjadi rumah mereka.

Selepas terhapusnya kaum Nabi Saleh, datang pula kaum Anbat yang turut dikenali kerana kawasan kediaman mereka yang serupa dengan Petra, Jordan.

Tetapi mereka tidak tinggal di sini dan hanya sekadar menjadikannya sebagai tapak perkuburan sehingga tahun ke 75 Sesudah Masihi.

Di dalam kawasan Madain Saleh terdapat juga stesen kereta api yang dibina pada 1906 dengan bantuan para jurutera Jerman.

Malangnya landasan kereta api yang sepatutnya menghubungkan Jordan dengan bandar Makkah dan Madinah telah dimusnahkan semasa Perang Dunia Pertama.

Namun kini kerajaan Saudi telah menambah lebih banyak kemudahan untuk pelancong Islam dan bukan Islam.

Madain Saleh juga sudah mula dibuka pada waktu malam dan beberapa konsert sudahpun diadakan.

Sumber : Agensi berita/AA/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan