Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Beri kerajaan masa untuk lakukan perubahan - Dr Wan Azizah

Rakyat perlu memberi kerajaan masa dan peluang untuk melakukan perubahan bagi mengembalikan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih baik dan maju, kata Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anggaran Waktu Membaca:
Beri kerajaan masa untuk lakukan perubahan - Dr Wan Azizah

Gambar fail Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dr Wan Azizah Wan Ismail. (Gambar: Saeed Khan/AFP)

Diterbitkan : 27 Nov 2018 10:11AM Dikemas Kini : 27 Nov 2018 10:14AM

DOHA: Rakyat perlu memberi kerajaan masa dan peluang untuk melakukan perubahan bagi mengembalikan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih baik dan maju, kata Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Berucap di Qatar pada majlis jamuan malam pada Isnin (26 Nov) bersama rakyat Malaysia, beliau berkata negara memerlukan perubahan namun perubahan tidak akan datang bergolek.

“Bila kami ambil alih (kerajaan), kami dapati banyak kekurangan dan ini tidak mudah untuk ditangani. Berikan peluang dan masa kepada kami untuk melakukan apa yang kami mahu buat untuk menjadikan sebuah kerajaan yang lebih baik.

"Kita memerlukan perubahan namun perubahan tidak akan datang bergolek, kita mesti bersama-sama berusaha memastikannya...insya-Allah negara kita ini diperbaiki,” katanya.

Beliau berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) yakin dapat mengatasi segala masalah itu kerana ia hanyalah bersifat sementara.

Terdapat kira-kira 5,000 rakyat Malaysia yang bermasutautin di Qatar dan bekerja dalam pelbagai bidang seperti jurutera, doktor, juruterbang, pensyarah dan peguam.

Dr Wan Azizah dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Qatar dan ini merupakan lawatan pertamanya ke negara itu selepas dilantik sebagai timbalan perdana menteri selepas PH menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan