Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Beratur panjang di Lapangan Terbang Sydney gara-gara ‘isu keselamatan sempadan’

Para penumpang terpaksa beratur panjang di Lapangan Terbang Sydney hari ini (15 Jul), selepas satu 'masalah penguatkuasaan sempadan' menyebabkan mesin-mesin pasport gagal berfungsi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Jul 2019 10:47AM Dikemas Kini : 15 Jul 2019 11:18PM

SYDNEY: Para penumpang terpaksa beratur panjang di Lapangan Terbang Sydney hari ini (15 Jul), selepas satu 'masalah penguatkuasaan sempadan' menyebabkan mesin-mesin pasport gagal berfungsi.

Menurut media tempatan, penerbangan-penerbangan juga tertangguh akibat insiden itu.

Seorang penumpang berkata, pasport para penumpang diproses secara manual di pintu-pintu keselamatan memandangkan sistem elektronik di kawalan sempadan berhenti beroperasi.

Insiden itu disahkan berlaku oleh jurucakap Penguatkuasaan Sempadan Australia.

Namun, beliau berkata pihak berkuasa masih berusaha untuk mengenal pasti punca masalah berkenaan.

Menurut laporan ABC News, kegagalan itu menjejas seluruh Australia.

Insiden terbaru itu berlaku beberapa bulan selepas satu gangguan pada sistem komputer menyebabkan kelengahan di lapangan-lapangan terbang antarabangsa di merata Australia. 

Sumber : CNA/Agensi berita/AI/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan