Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Berang, remaja 19 tahun rempuh lori ke dalam pasar raya

Polis tempatan mengongsi satu video yang menunjukkan seorang lelaki merempuh lorinya ke dalam pasar raya Walmart.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Jun 2018 09:56PM Dikemas Kini : 30 Jun 2018 10:07PM

SAN ANGELO: Polis tempatan mengongsi satu video yang menunjukkan seorang lelaki merempuh lorinya ke dalam pasar raya Walmart.

Lelaki berkenaan dikenal pasti sebagai seorang remaja berusia 19 tahun bernama Caleb Wilson. Kejadian berlaku pada pagi Khamis (28 Jun).

Tindakan remaja berkenaan menyebabkan kerosakan bernilai AS$500,000 (S$680,000). Caleb terus memandu lorinya meski sudah melalui pintu kaca.

Sebelum insiden itu, para saksi mengatakan bahawa mereka melihat Caleb berjalan keluar dari pasar raya itu selepas bertengkar dengan seorang wanita.

Selepas merempuh masuk pasar raya itu, Caleb melarikan diri dan melanggar satu lagi kereta di tempat letak kereta. Dia ditahan di sebuah stesen minyak tidak lama selepas itu.  

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan