Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Benjamin Netanyahu mahu luaskan wilayah Israel ke Tebing Barat jika dipilih

Dalam satu pengumuman yang jelas bertujuan untuk memancing undi, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berikrar untuk meluaskan kedaulatan negaranya ke kawasan Tebing Barat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Apr 2019 04:49PM Dikemas Kini : 07 Apr 2019 10:42PM

JERUSALEM: Dalam satu pengumuman yang jelas bertujuan untuk memancing undi, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berikrar untuk meluaskan kedaulatan negaranya ke kawasan Tebing Barat.

Ini seperti yang sudahpun dilakukannya di Baitulmakdis Timur dan kawasan Bukit Golan yang dirampas dari Syria sejak 1967.

PM Israel itu berkata demikian dalam satu wawancara TV, tiga hari sebelum Israel mengadakan pilihan raya umum pada Selasa ini (9 Apr).

Ikrar tersebut dilihat sebagai usaha meraih sokongan para pengundi konservatif Israel yang propetempatan Yahudi.

Pengumuman Encik Netanyahu itu sekali gus meranapkan kemungkinan huraian dua negara dalam rancangan damai Israel-Palestin.

Tebing Barat kini diduduki Israel, dengan 400,000 warga Israel hidup bersama-sama lebih 2.6 juta rakyat Palestin.

Kebanyakan negara antarabangsa menyifatkan petempatan Yahudi di kawasan-kawasan yang dirampas Israel dalam perang 1967 sebagai tidak sah.

Namun, baru bulan lalu, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan pengiktirafan Amerika ke atas Bukit Golan yang turut diduduki Israel.

Sumber : Reuters/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan