Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Benetton dikecam kerana papar pelarian dalam iklan

Benetton memuat naik dua gambar publisiti di akaun Twitternya yang memaparkan para pelarian, sambil merujuk kepada SOS Mediterannee dan satu lagi badan amal kepada agensi berita ANSA.

Anggaran Waktu Membaca:
Benetton dikecam kerana papar pelarian dalam iklan

(Gambar: Pau Barrena/ AFP)

Diterbitkan : 20 Jun 2018 08:45PM Dikemas Kini : 20 Jun 2018 08:48PM

MARSEILLE: Sebuah pertubuhan amal Perancis SOS Mediterranee mengecam tindakan syarikat Benetton menggunakan gambar-gambar pelarian yang diselamatkan di laut dalam kempen iklannya.

"SOS Mediterranee tidak ada kaitan langsung dengan kempen ini yang memaparkan sekeping gambar yang diambil ketika pasukan kami sedang menyelamatkan para pelarian yang mengalami kesusahan di laut pada 9 Jun," menurutnya di Twitter, pada Selasa (19 Jun).

Gambar tersebut dimuat naik online dan diterbitkan dalam suratkhabar, menurut NGO itu sambil menunjukkan para pelarian dalam dingi memakai jaket keselamatan berwarna merah dengan logo "United Colors of Benetton" di bahagian bawah jaket itu.

Benetton memuat naik dua gambar publisiti di akaun Twitternya yang memaparkan para pelarian, sambil merujuk kepada SOS Mediterannee dan satu lagi badan amal kepada agensi berita ANSA.

Sebuah kapal yang dikendalikan oleh SOS Mediterannee, Aquarius, menyelamatkan 630 pelarian di Mediterranean minggu lepas. Kapal itu mengalami kesulitan selepas pemerintah Itali enggan membenarkan para pelarian turun dari kapal tersebut.

Kebanyakan pelarian itu adalah kanak-kanak, yang akhirnya dibawa ke Sepanyol.

Kumpulan Itali Benetton, yang mengalami kerugian terbesar dalam sejarah syarikat itu yang bernilai 180 juta euro (S$283 juta) untuk tahun 2017, dikritik pada masa lalu kerana kempen-kempen publisiti yang menggemparkan atau tidak sensitif. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan