Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Benci pendatang Afrika motif lelaki lepaskan tembakan rambang

Perasaan benci terhadap pendatang dari Afrika menjadi motif tindakan seorang lelaki Itali melepaskan tembakan rambang sambil memandu keretanya di bandar Macerata semalam (3 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Feb 2018 07:28PM Dikemas Kini : 04 Feb 2018 09:42PM

ITALI: Perasaan benci terhadap pendatang dari Afrika menjadi motif tindakan seorang lelaki Itali melepaskan tembakan rambang sambil memandu keretanya di bandar Macerata semalam (3 Feb).

Menteri Ehwal Dalam Negeri Itali berkata orang yang disyaki, Luca Traini berusia 28 tahun, seorang pelampau sayap kanan.

Tembakan rambang itu menyebabkan enam pendatang dari Afrika cedera parah dan perlu dibedah.

Kejadian ini berlaku hanya beberapa hari selepas seorang pendatang dari Nigeria ditangkap polis berhubung kematian seorang remaja perempuan Itali dekat Macerata. 

Sumber : Agensi berita/MU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan