Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bencana alam di Vietnam ragut 40 nyawa, 8 masih hilang

Banjir dan bencana alam yang dicetuskan hujan lebat di Vietnam setakat ini meragut kira-kira 40 nyawa dan menyebabkan lapan yang lain hilang, kata Jawatankuasa Pemandu Kawalan dan Pencegahan Bencana Alam pada Khamis (15 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Bencana alam di Vietnam ragut 40 nyawa, 8 masih hilang

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 16 Oct 2020 09:23AM Dikemas Kini : 16 Oct 2020 09:25AM

HANOI: Banjir dan bencana alam yang dicetuskan hujan lebat di Vietnam setakat ini meragut kira-kira 40 nyawa dan menyebabkan lapan yang lain hilang, kata Jawatankuasa Pemandu Kawalan dan Pencegahan Bencana Alam pada Khamis (15 Okt).

Menurut laporan Agensi Berita Xinhua pada Rabu jumlah korban yang dilaporkan ialah seramai 36 orang manakala mereka yang cedera pula ialah 12 orang, kebanyakannya dilaporkan di wilayah Quang Tri, Thua Thien Hue dan Quang Nam.

Kebanyakan yang maut disebabkan dihanyutkan arus deras, menurut jawatankuasa itu.

Sejak 5 Oktober, hujan lebat melanda beberapa kawasan di tanah tinggi dengan jumlah curahan hujan melebihi 2,000 milimeter. 

Lebih 135,700 rumah ditenggelami dengan 585 daripadanya runtuh atau rosak. Sementara itu banyak sawah padi dan kawasan tanaman lain digenangi air banjir manakala kira-kira 332,350 haiwan ternakan mati atau dihanyutkan.

Hujan lebat menyebabkan tanah runtuh di loji kuasa hidro di tengah wilayah Thua Thien Hue, menyebabkan kira-kira 20 pekerja maut atau hilang, lapor media tempatan. 

Seramai 13 anggota pasukan penyelamat juga dilaporkan terputus hubungan semasa menuju ke tempat kejadian dan misi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Sehingga 22 September, bencana alam telah menyebabkan 93 orang maut atau hilang manakala 272 lagi cedera. 

Dalam tempoh sama, bencana itu turut menyebabkan kerugian ekonomi sekitar 5 trilion dong Vietnam (S$296 juta), menurut jawatankuasa itu.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan