Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Belum ada persetujuan bagi sidang puncak Syria, kata Erdogan

Presiden Turki Tayyip Erdogan berkata pada Selasa (25 Feb) belum lagi ada persetujuan penuh untuk mengadakan sidang puncak pada 5 Mac dengan Rusia, Perancis dan Jerman berhubung konflik di Idlib, Syria. 

Anggaran Waktu Membaca:
Belum ada persetujuan bagi sidang puncak Syria, kata Erdogan

Warga Syria yang kehilangan tempat tinggal yang kini berada di kem sementara. (Gambar: AFP/Rami al Sayed)

Diterbitkan : 25 Feb 2020 05:39PM Dikemas Kini : 25 Feb 2020 05:40PM

ISTANBUL: Presiden Turki Tayyip Erdogan berkata pada Selasa (25 Feb) belum lagi ada persetujuan penuh untuk mengadakan sidang puncak pada 5 Mac dengan Rusia, Perancis dan Jerman berhubung konflik di Idlib, Syria. Namun pemimpin itu berkata beliau mungkin bertemu dengan Presiden Vladimir Putin pada hari itu.

Pasukan tentera pemerintah Syria sedang berusaha keras untuk merampas semula kubu terakhir pemberontak di Syria setelah perang saudara berlarutan selama sembilan tahun. Peperangan tersebut menyebabkan hampir sejuta warga Syria, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, terpaksa melarikan diri dari kawasan pertempuran sejak Disember.

Dalam satu sidang media di Ankara sebelum berlepas untuk satu lawatan ke Azerbaijan, Encik Erdogan berkata satu rombongan Rusia dijadual sampai ke Turki pada Rabu untuk membincangkan situasi di Idlib.

"Belum ada persetujuan penuh antara (Presiden Perancis Emmanuel) Macron...(Canselor Jerman Angela) Merkel, dan Putin," kata beliau. Kedua-dua Encik Macron dan Cik Merkel menggesa Encik Putin untuk menamatkan konflik atas kebimbangan mengenai krisis kemanusiaan di Syria.

Pada Sabtu, Encik Erdogan berkata Turki sudah merancang "pelan" bagi Syria setelah rundingan menerusi telefon bersama ketiga-tiga pemimpin. Sementara itu Kremlin meyatakan ia sedang membincangkan kemungkinan mengadakan sidang puncak empat pihak.

Turki sudah menghantar ribuan askar dan peralatan ke Idlib untuk menyokong kempen serangan udara Rusia dan sejauh ini 17 anggota pasukan Turki sudah terkorban. Turki sudah menempatkan 3.7 pelarian Syria dan menyatakan ia tidak lagi dapat menampung gelombang baru pelarian dan sudah menutup sempadannya.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan