Images
  • msia budget
    (Gambar: AP)

Belanjawan M'sia 2021 lulus di peringkat dasar di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) diluluskan di peringkat dasar pada persidangan Dewan Rakyat hari ini (26 Nov).

Belanjawan pertama dibentangkan di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin itu diluluskan dengan lebih ramai suara bersetuju.

Belanjawan 2021 itu dibentang Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 Nov lalu dan seramai 82 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan yang berlangsung dari 9 Nov hingga 19 Nov.

Menteri-menteri berkenaan mula menggulung perbahasan pada 23 Nov sebelum Tengku Zafrul menggulung bagi pihak Kementerian Kewangan hari ini diikuti dengan pengundian untuk meluluskan Belanjawan itu.

Mengikut Takwim Dewan Rakyat, ia kini akan dibahas di peringkat jawatankuasa selama 10 hari sebelum undi belah bahagian sekali lagi diadakan.

- BERNAMA/HA/ha

Top