Images
  • crime
    (Gambar: Jeremy Long)

Bekas tentera didakwa bunuh isteri

MELAKA: Seorang bekas tentera didakwa di Mahkamah Majistret hari ini (16 Jul) atas pertuduhan membunuh isterinya, awal bulan ini.

Mahat Jalil, 56 tahun, didakwa membunuh Samnah Mohamed, 55 tahun, seorang suri rumah di sebuah rumah di Taman Seri Duyong Fasa Dua pada jam 10.22 pagi, 3 Julai lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh di hadapan Majistret Teoh Shu Yee, kerana kes berkenaan merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan 14 Ogos untuk sebutan semula kes, sementara menunggu laporan pemeriksaan kesihatan mental tertuduh di Hospital Permai, Johor Bahru mengikut Kanun Prosedur Jenayah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Najwa Nazari manakala Mahat tidak diwakili peguam.

Awal dari itu, ketika dalam kandang tertuduh, sejurus jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan terhadapnya, lelaki itu sempat berkata kepada Majistret, “saya sayang isteri saya”.

- BERNAMA/NA/na

Top