Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bekas Presiden Perancis Sarkozy didakwa terima wang suap Gaddafi

Para pendakwa raya Perancis pada Jumaat (16 Okt) mengesahkan bahawa bekas presiden negara itu, Nicolas Sarkozy sudah didakwa secara rasmi atas tuduhan menerima wang tunai daripada bekas Presiden Libya Muammar Gaddafi.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas Presiden Perancis Sarkozy didakwa terima wang suap Gaddafi

Bekas Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 17 Oct 2020 11:07AM Dikemas Kini : 17 Oct 2020 11:14AM

PARIS: Para pendakwa raya Perancis pada Jumaat (16 Okt) mengesahkan bahawa bekas presiden negara itu, Nicolas Sarkozy sudah didakwa secara rasmi atas tuduhan menerima wang tunai daripada bekas Presiden Libya Muammar Gaddafi.

Sarkozy dituduh menerima wang sogok daripada Gaddafi bagi membiayai kempen pilihan raya presiden pada 2007.

Menurut pihak pendakwa raya, tuduhan 'terlibat dalam pakatan sulit' dikenakan terhadap Sarkozy pada Isnin selepas dia disoal siasat lebih 40 jam sepanjang tempoh selama empat hari.

Sebelum ini Sarkozy turut dituduh "menerima rasuah", "menggunakan dana awam untuk manfaat peribadi" dan "membiayai kempen secara haram" pada tahun 2018.

Sarkozy boleh membuat rayuan walaupun tuduhan terbaru itu meningkatkan lagi peluang untuk meneruskan perbicaraan terhadap bekas presiden Perancis itu yang dijangka akan menjadi presiden pertama negara tersebut yang terpalit dengan tuduhan rasuah.

Menurut pihak pendakwa, Sarkozy dan rakan-rakan subahatnya menerima berpuluh-puluh juta euro daripada rejim Gaddafi untuk membantu membiayai kempen pilihan rayanya.

Sarkozy yang menyandang jawatan presiden dari 2007 hingga 2012 bagaimanapun menolak keras sebarang tuduhan salah laku itu. Dalam catatan Facebooknya pada Jumaat, Sarkozy menegaskan bahawa "nama baiknya sudah tercemar" akibat tuduhan-tuduhan itu tanpa "mengemukakan sebarang bukti langsung".

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan