Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bekas pengurus didakwa muat naik gambar lucah bekas kekasih

Tertuduh berniat untuk menyakitkan hati mangsa

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas pengurus didakwa muat naik gambar lucah bekas kekasih
Diterbitkan : 26 Jul 2018 02:40PM Dikemas Kini : 26 Jul 2018 02:45PM

JOHOR BAHRU: Seorang bekas pengurus syarikat swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Muar, Malaysia hari ini (26 Jul) atas 40 tuduhan menghantar gambar lucah bekas teman wanitanya melalui aplikasi media sosial Twitter, empat tahun lalu menurut laporan Bernama.

Berdasarkan kesemua tuduhan, Richard Gan Hong Tiong, 53 tahun, didakwa secara sedar menghantar komunikasi bersifat lucah iaitu gambar-gambar seorang kerani berusia 28 tahun dengan niat untuk menyakitkan hati mangsa.

Bernama melaporkan bahawa tertuduh, yang kini menganggur, didakwa melakukan kesemua kesalahan itu dari 30 Mei 2014 hingga 10 Jun 2015.

Mangsa terbaca kandungan tersebut, kemudian membuat aduan polis sebelum dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), pada 10 Ogos 2015.

Kesemua tuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum bernilai RM50,000 (S$16,000) atau hukuman penjara sehingga setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya SKMM, Mohd Sophian Zakaria menawarkan ikat jamin RM40,000 (S$13,000) bagi kesemua tuduhan dengan seorang penjamin atas alasan perbuatan tertuduh merupakan kesalahan serius dan menjatuhkan maruah serta mengaibkan mangsa.

Gan yang tidak diwakili peguam, merayu jaminan rendah dikenakan dengan alasan dia tidak bekerja selain menghidap sakit buah pinggang dan penyakit batuk kering, menurut Bernama.

Hakim Amran Jantan kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 (S$3,000) bagi kesemua tuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Ogos untuk sebutan semula kes.

Sumber : Bernama/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan