Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bekas pengetua madrasah dikenakan 4 tuduhan 'kelucahan melampau'

Seorang bekas pengetua madrasah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini (7 Dis) atas empat pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap empat bekas pelajarnya berumur antara 14 hingga 15 tahun, pada tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas pengetua madrasah dikenakan 4 tuduhan 'kelucahan melampau'

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 07 Dec 2017 11:20PM Dikemas Kini : 07 Dec 2017 11:23PM

TAWAU: Seorang bekas pengetua madrasah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini (7 Dis) atas empat pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap empat bekas pelajarnya berumur antara 14 hingga 15 tahun, pada tahun lalu.

Maznan Omar, berusia 34 tahun, mengaku tidak bersalah atas kesemua empat pertuduhan yang dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Ferhanshah Farene Mohd Ferdaus.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Maznan didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap dua remaja lelaki di dalam sebuah rumah di Bandar Sri Indah pada Jun 2016, sekitar pukul 11.00 pagi.

Bagi kesalahan ketiga dan keempat, Maznan didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap dua remaja lelaki pada Jun dan Ogos 2016 di tempat yang sama.

Pendakwaan keempat-empat kes itu dilakukan secara berasingan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Muhammad Fitri Wan Azizan. Tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Wan Muhammad Fitri, menawarkan jaminan RM10,000 (S$3,300) dengan dua penjamin bagi semua pertuduhan berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri sebulan sekali kepada pegawai penyiasat kes dan dilarang menghubungi saksi pendakwaan atau mangsa.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 (S$1,700) dengan dua penjamin bagi setiap pertuduhan pertama dan kedua berserta syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri sebulan sekali kepada pegawai penyiasat kes dan dilarang menghubungi saksi pendakwaan atau mangsa.

Bagi setiap pertuduhan ketiga dan keempat, Majistret membenarkan tertuduh diikat jamin dengan RM3,000 (S$990) dengan dua penjamin dan syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri sebulan sekali kepada pegawai penyiasat kes dan dilarang menghubungi saksi pendakwaan atau mangsa.

Majistret menetapkan sebutan semula kes pada 14 Disember ini untuk pengurusan kes serta lantikan peguam.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan