Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bekas pemimpin Hong Kong Donald Tsang dipenjara lagi selepas rayuan gagal

Tsang ialah pegawai pemerintah paling kanan yang dijatuhi hukuman penjara, sekaligus menamatkan tempoh kerjayanya yang panjang, daripada sebelum hingga selepas penyerahan bekas tanah jajahan Britiain itu kepada pemerintahan China.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas pemimpin Hong Kong Donald Tsang dipenjara lagi selepas rayuan gagal

Bekas pemimpin Hong Kong, Donald Tsang dan isterinya. (Gambar: REUTERS/Bobby Yip)

Diterbitkan : 20 Jul 2018 11:43AM Dikemas Kini : 20 Jul 2018 11:47AM

HONG KONG: Bekas ketua eksekutif Hong Kong, Donald Tsang dipenjarakan lagi pada Jumaat (20 Jul) selepas rayuannya terhadap hukuman salah laku di pejabat awam ditolak. Ini menurut laporan South China Morning Post (SCMP).

Tsang dijatuhi hukuman penjara selama 20 bulan tahun lalu, tetapi dibenarkan ikat jamin selepas menafikan terlibat dalam rasuah dan mengaku tidak bersalah.

Meskipun dia akan dipenjarakan lagi, Tsang berjaya dalam rayuan untuk mengurangkan hukuman penjara dari 20 bulan kepada 12 bulan, lapor SCMP.

Pendakwaan sebelum ini meminta Tsang supaya membayar satu pertiga daripada kos guamannya, berjumlah HK$4.6 juta (S$803,000). Mahkamah rayuan memutuskan dia hanya perlu membayar HK$1 juta (S$175,000).

Tsang ialah pegawai pemerintah paling kanan yang dijatuhi hukuman penjara, sekaligus menamatkan tempoh kerjayanya yang panjang, daripada sebelum hingga selepas penyerahan bekas tanah jajahan Britiain itu kepada pemerintahan China.

Juri seramai sembilan anggota memutuskan Februari lalu bahawa Tsang dengan sengaja merahsiakan rundingan sewa swasta dengan hartawan hartanah Encik Bill Wong Cho-bau sementara kabinetnya membincangkan dan meluluskan lesen penyiaran digital untuk syarikat radio yang kini ditutup, Wave Media, yang mana Encik Wong merupakan pemegang saham utama.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan