Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bekalan air terputus, guna air bomba mandikan jenazah

Bekalan air terputus memaksa sebuah keluarga di Kampung Gual Periok menggunakan khidmat bomba. Ini menurut Astro Awani.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekalan air terputus, guna air bomba mandikan jenazah
Diterbitkan : 20 Aug 2018 04:43PM Dikemas Kini : 20 Aug 2018 04:50PM

RANTAU PANJANG: Bekalan air terputus memaksa sebuah keluarga di Kampung Gual Periok menggunakan khidmat bomba. Ini menurut Astro Awani.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Mohd Adni Ibrahim berkata, menyedari masalah bekalan air sering berlaku, pihaknya membantu menyalurkan air bersih untuk upacara mandi jenazah di Parlimen ini.

Setakat ini beliau berkata, pihaknya hanya menerima satu permohonan daripada penduduk membabitkan bantuan air untuk upacara pengebumian manakala dua permohonan lain bagi keperluan di sekolah, lapor Astro Awani.

Menurutnya, ia bukan perkara baru, malah turut dijalankan pada tahun-tahun sebelum itu.

Katanya, seramai enam anggota bertugas menjalankan khidmat khas bantuan air untuk memandikan jenazah warga emas, Cik Romoh Maryam, 75 tahun, di Kampung Atas Gual Periok.

"Kita salur sumber air segera, disebabkan waktu itu tiada bekalan air untuk memandikan jenazah.

"Air yang digunakan pula diambil dari sumber air bersih di balai bomba malah ia tidak menggunakan kapasiti air yang banyak," katanya.

Sementara itu, penduduk, Encik Termizi Abdullah, 51 tahun, berkata, bekalan air di tempat itu sering terputus dan menyukarkan aktiviti harian penduduk, lapor Astro Awani lagi.

"Saya harap bekalan air di sini akan pulih dan masalah ini tidak lagi menghantui penduduk di sini," katanya.  

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan