Images
  • beijing
    (Gambar: Greg Baker/AFP)

Beijing kutuk tindakan AS kenakan sekatan visa terhadap pegawai kanan China

BEIJING: Beijing mengutuk tindakan Amerika Syarikat mengenakan sekatan visa terhadap para pegawai kanan China berhubung layanan terhadap masyarakat minoriti Muslim di wilayah Xinjiang.

China menyifatkan tindakan Amerika itu berniat jahat.

Amerika mengenakan sekatan visa itu sehari selepas ia meletakkan 28 syarikat China dalam senarai hitam perdagangannya berkaitan isu tersebut.

Amerika menuduh China melakukan kempen penindasan teruk terhadap kaum minoriti Uighur serta kumpulan-kumpulan Muslim lain di Xinjiang.

Menulis di laman twitter, Setiausaha Negara Amerika, Mike Pompeo berkata China secara paksa telah menahan lebih sejuta Muslim dalam kempen secara sistematik untuk menghapuskan budaya dan agama mereka di Xinjiang.

Jabatan Negara bagaimanapun tidak mendedahkan nama para pegawai pemerintah dan Parti Komunis China yang dikenakan sekatan visa Amerika atas alasan undang-undang.

- AFP/MU/na

Top